Kerajaan pertimbang wujud garis panduan ceramah di masjid

Kerajaan pertimbang wujud garis panduan orang politik ceramah masjid

DR. MOHD. Nai’m Mokhtar beramah mesra bersama sebahagian peguam syarie selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Konsultansi Syariah Secara Percuma Sempena Ramadan di Kompleks Mahkamah Syaria Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan mewujudkan satu garis panduan untuk orang politik berceramah di masjid.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im berkata, panduan itu akan cuba diusahakan supaya ia dapat diselaraskan untuk semua masjid seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya hanya boleh menyediakan, tetapi ia tetap terpulang kepada pihak berkuasa agama negeri untuk merujuk panduan itu.

“Kita sedia maklum tauliah kuasa negeri dan di peringkat Persekutuan macam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berperanan untuk menyelaras dan menyeragamkan.

“Usaha itu kita akan cuba buat, tetapi pada akhirnya sama ada fatwa, isu tauliah, isu kehakiman atau isu pendidikan, ia berbalik kepada kuasa negeri.

“Di peringkat Persekutuan sebagai agensi penyelaras, kita akan cuba sentiasa membuat penyelarasan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Konsultasi Guaman Syarie Percuma sempena Ramadan anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat larangan daripada pihak berkuasa agama negeri terhadap ahli politik yang menggunakan masjid serta surau sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Antara negeri-negeri yang melarang adalah Selangor, Perak, Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Program Konsultasi Percuma itu akan dikendalikan lebih 200 orang Panel-Panel Peguam Syarie Program Bantuan Guaman Syarie (Bagus), PGSM di seluruh negara.

Program itu bermula 27 Mac sehingga 20 April yang dijalankan dari pukul 10 pagi hingga 1 petang pada hari Isnin hingga Khamis.

Program itu bertujuan memberi khidmat konsultasi secara percuma kepada mereka yang berurusan dengan Mahkamah Syariah, khususnya golongan B40 dan memastikan semua umat Islam di negara ini mendapat akses kepada keadilan walaupun mereka kurang berkemampuan dari segi ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya