Kerajaan negeri peruntukan RM112.95 juta untuk impak peningkatan ekonomi rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri peruntukan RM112.95 juta untuk impak peningkatan ekonomi rakyat

MOHD. Shukri Ramli menjawab soalan dalam sidang DUN di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM112.95 juta pada tahun ini kepada semua jabatan dan agensi negeri bagi melaksanakan pembangunan projek atau program yang mampu memberikan impak peningkatan ekonomi rakyat Perlis.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, ia merangkumi pertanian, pelancongan dan pelbagai lagi perkara lain.

Selain itu, katanya, dalam usaha membantu usahawan dan mendukung dasar Perlis bebas niaga, kerajaan negeri juga
akan menjalankan kerjasama dengan bank-bank yang berminat untuk menguruskan dana perniagaan kepada peniaga kecil yang memerlukan pembiayaan antaranya Bank Muamalat.

“Program pembangunan ekonomi rakyat sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri dan setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah amaun di bawah peruntukan pembangunan menerusi belanjawan negeri Perlis,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini

Beliau menjawab soalan Asrul Aimran Abd. Jalil (PN-Kayang) berkaitan dasar dan polisi kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri serta bertindak sebagai pemudah cara bagi mentranformasikan aktiviti ekonomi di dalam negeri.

Tambah Mohd. Shukri, agensi-agensi yang terlibat juga sedang memperhalusi mekanisme pelaksanaan yang sesuai bagi membolehkan pelaksanaan perkara ini dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada peniaga kecil.

Katanya, selain kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) turut memainkan peranan dalam mentransformasikan aktiviti ekonomi negeri.

“Melalui MPK, pelbagai usaha telah dilaksanakan iaitu menyediakan ruang perniagaan mampu sewa kepada rakyat, melaksanakan projek-projek naik taraf dan bina baru kawasan perniagaan, pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) yang telah ditambahbaik dengan menggunapakai Sistem OSC 3.0 Plus secara dalam talian sepenuhnya.

“Selain itu, mempermudahkan dan memendekkan tempoh masa pemprosesan permohonan lesen tidak berisiko yang diluluskan serta-merta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta melaksanakan dasar Perlis bebas niaga di mana kelulusan lesen atau permit diberikan kepada penjaja yang menjalankan perniagaan di tepi jalan.

“Kita juga melaksanakan inisiatif pengurangan kadar bayaran lesen kategori penjaja sebanyak 20 peratus,” katanya.

Tambah beliau, melalui PKENPs pula telah melaksanakan usaha-usaha seperti menyediakan premis-premis perniagaan untuk dijual atau disewa kepada rakyat serta membina serta menjual hartanah-hartanah perindustrian bagi tarikan pelabur bagi pembangunan ekonomi negeri ini.

“Kita juga menyediakan kawasan penempatan dan kediaman baharu dan mampu milik kepada rakyat serta melaksanakan program dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan memberikan latihan asas kepada usahawan muda menerusi Program ProTUNE,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya