KUALA LUMPUR: Pasukan pendakwaan menghujahkan, laporan forensik perbualan WhatsApp antara dua ahli perniagaan berhubung wang RM2 juta, tiada kaitan dengan perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng yang sedang didengar di Mahkamah Sesyen di sini. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah, pihaknya tidak berhasrat mengemukakan atau menggunakan dokumen itu pada perbicaraan kes terowong dasar laut yang sedang dihadapi oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau berhujah, dokumen-dokumen yang…