Kempen Proklamasi Orang Melayu diteruskan dalam talian

Kempen Proklamasi Orang Melayu diteruskan dalam talian

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekretariat Proklamasi Orang Melayu hari ini melancarkan kempen secara dalam talian untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi menandatangani proklamasi berkenaan.

Menurut kenyataannya, kempen itu membolehkan orang ramai menandatangani Proklamasi Orang Melayu menerusi pautan yang disediakan atau kod QR. 

“Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang Melayu agenda perjuangan bangsa dan tanah air yang perlu diberi perhatian sewajarnya. 

“Kempen ini akan berjalan berterusan agar ia sampai kepada seluruh orang Melayu yang cintakan tanah air,” kata kenyataan itu. 

Media sebelum ini melaporkan, penganjuran program dinamakan Proklamasi Melayu yang dijadual disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibatalkan.

Susulan itu, Dr. Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang di sebalik pembatalan tempahan penganjuran program itu. 

Beliau yang juga Penasihat Sekretariat Proklamasi Orang Melayu berkata, tiada apa yang boleh dilakukan seperti pembatalan itu melainkan ia telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri sehingga menyebabkan pihak pengurusan dewan terpaksa membatalkan tempahan yang sudah dibuat. 

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu percaya bahawa pembatalan program berkenaan kerana merujuk kepada ucapan Anwar sebelum ini yang ditujukan terhadap Tun Mahathir dan ahli keluarganya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya