Kampung Siaga 221 Negeri Pahang dilancar

Kampung Siaga 221 Negeri Pahang dilancar

SABARIAH Saidan (tengah ) bersama anggota APM selepas melancarkan Kampung Siaga 221 di Bera, Pahang baru- baru ini. – UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAHANG melancarkan Kampung Siaga 221 sempena sambutan Semarak Bulan Pertahanan Awam dan Hari Wanita Kebangsaan Tahun 2023.

Pelancaran disempurnakan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan.

Penubuhan Kampung Siaga 221 bertujuan melatih komuniti setempat bersiap siaga menghadapi sebarang bencana terutamanya ketika berhadapan banjir.

Turut dirasmikan penubuhan Pasukan Pengendali Bot Amfibia Sealeg Wanita Pertama di Negeri Pahang dan Malaysia bertepatan dengan tema Pahang First yang terdiri daripada 12 wanita dari kalangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang.

Hadir sama ialah Ketua Pesuruhjaya (PA) Aminurrahim Mohamed, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya