Kamal Adli bercakap, berjalan tapi masih lemah - Uqasha Senrose

Kamal Adli boleh bercakap, berjalan tapi masih lemah – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli sudah boleh melakukan beberapa pergerakan termasuk berjalan perlahan.

Bagaimanapun, katanya, keadaan Kamal masih lemah dan dia lebih banyak terbaring di atas katil serta perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Kamal sudah boleh bercakap dan kena makan ubat tahan sakit. Masih ada rawatan susulan di hospital,” katanya menerusi sesi perkongsian live di Tiktok, semalam.

Selasa lalu, Kamal memaklumkan keadaan dirinya semakin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan teruk di bahagian belakang kepala di sebuah hospital di Singapura.

Pelakon drama bersiri Akira Khan itu berkata, dia masih menerima rawatan dan ubat tahan sakit akibat nanah dan lebam yang timbul di bahagian badan.

Terdahulu, Kamal diserang individu tidak dikenali berusia 33 tahun dengan cota besi ketika sedang bergambar bersama peminat.

Kamal dipukul di bahagian kepala bertubi-tubi dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya