Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara semarak PMKS - Utusan Malaysia

Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara semarak PMKS

PELANCARAN rasmi Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ MONT KIARA 2023 yang turut dihadiri (dari kiri) Sharimahton Mat Saleh, Abu Bakar Yusof, Waleed Abo Ali, Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz, Alaa Abdalwahe, Raja Hairul Azmil Tengku Azmi Karib dan Hurriyyah Alhusna Mohd. Nashim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dijangka 200,000 pengunjung dari seluruh Lembah Klang bakal memeriahkan Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara yang menyaksikan lebih daripada 300 tapak perniagaan disediakan untuk para usahawan yang mahu berniaga pada bulan Ramadan tahun ini.

Berlangsung pada 23 Mac hingga 19 April ini, bermula pukul 3 petang ke 12 tengah malam, program itu akan diadakan di pekarangan menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kuala Lumpur.

Lokasi itu dipilih kerana kedudukannya strategik dan berdekatan Masjid Wilayah Persekutuan serta bangunan MATRADE sendiri yang merupakan lokasi ikonik komuniti pengeksport.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz berkata, program anjuran Media Hub Connection itu diadakan bertujuan membuka ruang dan peluang kepada para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk memupuk keyakinan ‘Budaya Keusahawanan’ bermula daripada peruncit kepada pengeksport.

“Usaha ini adalah perkongsian awam-swasta (public private partnership) bagi membuka ruang dan peluang kepada para usahawan PMKS untuk memupuk keyakinan budaya keusahawanan.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan aspirasi ‘Malaysia Madani’ bagi mewujudkan masyarakat maju, terampil dan terangkum,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Projek Media Hub Connection, Hurriyyah Alhusna Mohd. Nashim memberitahu, lebih daripada 300 tapak perniagaan akan disediakan untuk para usahawan yang ingin berniaga pada bulan Ramadan tahun ini.

Katanya, dianggarkan sekitar 200,000 pengunjung dari seluruh Lembah Klang akan memeriahkan Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara.

Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara yang kali pertama diadakan dan akan menarik pelbagai sektor perniagaan seperti makanan dan minuman, pakaian, aksesori, dan lain-lain.

Bazaar Ramadan ini menawarkan keunikan dan pengalaman membeli-belah sepanjang bulan Ramadan yang akan pasti memuaskan hati semua pengunjung.

Para peniaga serta vendor yang berminat untuk menyertai Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara boleh mendaftar melalui laman web rasmi Kaloot Fest Raya (www.kaloot.com.my).

Untuk maklumat lanjut mengenai Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE, boleh hubungi talian 017-3588362. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya