JPU terima 20 aduan ketidakaturan perjalanan pemilihan sayap - Utusan Malaysia

JPU terima 20 aduan ketidakaturan perjalanan pemilihan sayap

AHMAD Zahid Hamidi (lapan, kiri) bergambar bersama calon-calon yang bertanding jawatan Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi pada sesi pengenalan calon pemilihan UMNO peringkat negeri Terengganu di Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 menerima tidak lebih 20 aduan berhubung ketidakaturan perjalanan pemilihan parti peringkat Pemuda, Wanita dan Puteri  bahagian di seluruh negara sejak Sabtu lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua aduan tersebut akan diteliti dan disiasat oleh JPU untuk memberi kepuasan kepada pihak pengadu.

Menurutnya, beliau juga telah menerima laporan mengenai aduan-aduan tersebut daripada Lembaga Disiplin UMNO.

“Kita melayani setiap aduan dan  ketidakpuashati dan saya telah diberitahu oleh Pengerusi Lembaga Disiplin dan JPU.

“Pengerusi JPU akan melakukan siasatan secara teliti untuk memuaskan hati pengadu-pengadu berkenaan di samping berlaku adil kepada sistem yang  sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pengenalan calon pemilihan UMNO peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, pemilihan sayap di peringkat bahagian yang didapati berlaku 

ketidakaturan perjalanan pemilihan yang serius akan dilakukan pemilihan semula.

Bagaimanapun, menurutnya, setakat ini, tiada masalah besar yang dilaporkan berlaku pada pemilihan sayap-sayap di peringkat bahagian.

“Tidak ada masalah yang besar, ada masalah yang melibatkan peraturan ataupun peraturan yang tidak diikuti (dan) itu akan diselesaikan.

“Mana-mana bahagian yang terlalu bermasalah besar, maka pemilihan semula akan dilakukan,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, JPU 2023 memutuskan mesyuarat Pemuda UMNO Titiwangsa dan Semporna ditangguhkan selepas menerima aduan berkaitan ketidakaturan perjalanan pemilihan sayap itu pada Sabtu lalu.

Pengerusi JPU 2023, Tan Sri Shahrir Samad, berkata keputusan pemilihan daripada dua sayap bahagian itu tidak akan dikira bagi penjumlahan keseluruhan undi bahagian-bahagian Pemuda kali ini, khususnya di peringkat pusat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya