Jonathan Majors nafi cederakan wanita hingga masuk hospital - Utusan Malaysia

Jonathan Majors nafi cederakan wanita hingga masuk hospital

NEW YORK: Pelakon, Jonathan Majors bakal dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai menyerang seorang wanita sehingga cedera parah.

Menurut Abc News, Pelakon filem Creed III itu ditahan polis pada Sabtu waktu tempatan.

Polis sebelum itu mengesahkan telah dimaklumkan tentang pergaduhan yang berlaku di sebuah pangsapuri dekat Chelsea, di sini.

Wanita berusia 30 tahun yang mendakwa diserang Majors dalam insiden terbabit cedera di bahagian kepala dan leher.

Mangsa kini stabil selepas dipindahkan ke sebuah hospital berdekatan.

Majors dalam kenyataan menafikan semua pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

“Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami sedang berusaha membersihkan namanya dan selesaikan dengan segera perkara ini,” kata jurucakapnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN