Tabung Solidariti Najib cecah kutipan RM1 juta

Tabung Solidariti Najib cecah kutipan RM1 juta

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tabung Solidariti Najib Razak mencatat kutipan sebanyak RM1 juta setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di media sosial hari ini.

“Alhamdulillah! Pagi ini pukul 9.30 pagi, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM1 juta,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau mengajak orang ramai meneruskan sumbangan kepada tabung berkenaan walaupun hanya sebanyak RM10.

“Teruskan menyumbang walau hanya RM10,” katanya.

Sebelum ini, tabung berkenaan berjaya mengumpulkan RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam pertama selepas dilancarkan dengan ramai penyumbang menyalurkan sumbangan serendah RM10 dan RM50.

Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan oleh UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta yang dikenakan bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk kepada pembayaran denda dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 di Istana Negara semalam.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×