Jawatan Naib Presiden UMNO amanah dari akar umbi, perwakilan - Johari - Utusan Malaysia

Jawatan Naib Presiden UMNO amanah dari akar umbi, perwakilan – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan kemenangannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO merupakan suatu amanah yang diberikan oleh akar umbi dan perwakilan parti.

Ini setelah beliau meraih 110 undi daripada 189 bahagian, undian ketiga terbanyak selepas Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Sesungguhnya jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tinggi bagi membantu dan memimpin parti bersama-sama Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menyeru ahli parti supaya mengukuhkan hubungan daripada sebarang kekhilafan dan bersatu sebagai sebuah keluarga besar UMNO serta saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan rakyat kepada parti.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan bahagian seluruh Malaysia yang telah memberikan sokongan serta kepercayaan bagi saya menjawat jawatan salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO.

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jentera kempen saya serta akar umbi yang telah bekerja keras sehingga mencapai kemenangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.