Jangan kongsi kandungan 3R menerusi media sosial

Jangan kongsi kandungan 3R menerusi media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian membabitkan elemen perkauman, agama dan institusi diraja (3R) dalam media sosial dan aplikasi pemesejan. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara. 

Katanya, ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata-kata ucapan atau gambar yang menuduh dan merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan mereka. 

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Suruhanjaya itu turut menggesa pentadbir portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi pemesejan menggunakan kuasa editorial mereka untuk menguruskan komen-komen daripada netizen di platform masing-masing.

Katanya, pihak penyedia platform media sosial pula diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan-kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya