SEREMBAN: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan diperintah membela diri di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mengambil dadah, tiga tahun lalu. Majistret Mohd. Firdaus Saleh memutuskan demikian terhadap tertuduh, Roslan Sam, 43, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan itu. Dalam penghakimannya, Mohd. Firdaus berkata, mahkamah telah meneliti fakta kes, ekshibit dan keterangan saksi dengan…