Individu ‘halusinasi’ pukul imam positif dadah - Utusan Malaysia

Individu ‘halusinasi’ pukul imam positif dadah

TANGKAP layar seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak memukul imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lelaki yang tular dalam sebuah video kerana bertindak memukul seorang imam jemputan di Masjid Ne­geri Sultan Ahmad 1 di sini, Ahad lalu bukan sahaja mempunyai masalah kesihatan mental, malah merupakan seorang penagih dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil sa­ringan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah.

Beliau berkata, kesan pengambilan dadah, suspek dipercayai berhalusinasi mendengar imam yang memimpin solat Subuh ketika itu memang­gil namanya sekali gus menjurus kepada tindakan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang bekas tentera, mempunyai rekod jenayah dan mengalami masalah mental.

“Suspek kini ditahan atas kesalahan penggunaan dadah dan ke­salahan kacau ganggu di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan.

“Suspek sudah dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.

Ramli berkata, lelaki tersebut merupakan gelandangan yang menjadikan masjid dan Mahkota Square di bandar ini sebagai tempat tidur dan merayau.

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman bertindak mahu memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini sekitar pukul 6.18 pagi Ahad lalu.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan selipar berwarna putih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.