Hujan lebat di 7 negeri hingga 12 tengah hari

Hujan lebat di 7 negeri hingga pukul 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di tujuh negeri hingga pukul 12 tengahari ini. 

Menurut Met Malaysia, amaran ribut petir itu dijangka membabitkan kebanyakan tempat di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka; Johor (Tangkak dan Muar); Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah serta Sabah: Tawau,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. –utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN