Hubungan kami rapat, tak tahu apa yang Aurora trauma - Farid Kamil - Utusan Malaysia

Hubungan kami rapat, tak tahu apa yang Aurora trauma – Farid Kamil

SHAH ALAM: “Hubungan saya dan anak-anak rapat. Tak tahu apa yang dia (Aurora) traumakan.”

Itu jawapan pelakon, Farid Kamil apabila diminta mengulas kenyataan isterinya, Diana Danielle yang mendakwa anak bongsu mereka, Nur Aurora, 8, trauma hingga dihalang daripada berjumpanya.

Tambah pelakon dan pengarah itu juga, dia sendiri tidak mengetahui mengapa seorang ayah dihalang daripada berjumpa anak-anaknya sejak hampir sebulan lalu.

“Itu kena tanya dia. Saya sendiri tak tahu sebab apa dihalang daripada berjumpa anak-anak.

“Adakah kerana saya bertanyakan soalan peribadi yang meninggung perasaan dia (Diana)?”soalnya.

Farid berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Gold arahan Adrian Teh di Stadium Malawati, di sini.

Dalam pada itu, Farid juga ketika ini tidak tahu keberadaan Aurora dan abangnya, Muhammad, 10 dan menyerahkan dakwaan-dakwaan tersebut untuk pertimbangan mahkamah.

“Maaf, saya tidak akan mengaibkan anak-anak dan isteri untuk kepentingan peribadi. Memang rindu pada anak-anak tetapi saya boleh buat apa? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.

“Saya mendapat taufik dan hidayah ketika mengerjakan umrah dan ziarah, baru-baru ini. Dari situ saya dapat meningkatkan tahap kesabaran yang ada sekarang,” ujarnya.-UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN