Hidu bau makanan tidak batal puasa, jika berlebihan makruh - PMWP

Hidu bau makanan tidak batal puasa, jika berlebihan makruh – PMWP

MENGHIDU bau makanan ketika berpuasa adalah tidak membatalkan puasa, namun jika sengaja dan berlebihan, maka hukumnya makruh. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menghidu bau makanan ketika berpuasa adalah tidak membatalkan ibadat itu, namun jika dihidu secara sengaja dan berlebihan maka hukumnya pula makruh.

Itu penjelasan dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkenaan hukum menghidu bau makanan ketika berpuasa menerusi artikel dikeluarkan hari ini.

PMWP berkata, hukum menghidu bau atau asap hidangan makanan pada dasarnya adalah harus dan tidak pula membatalkan puasa seseorang.

“Namun begitu, sekiranya seseorang itu dengan sengaja menghidu bau tersebut secara berlebihan, maka makruh hukumnya.

“Hal ini kerana, seseorang individu Muslim yang berpuasa dituntut untuk menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu dan syahwat di bulan Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, memakai minyak wangi saat berpuasa pula juga tidak membatalkan puasa, namun hukumnya makruh.

Katanya, para ulama menjelaskan hikmah hukum makruh tersebut kerana ketika berpuasa umat Islam wajib menahan diri daripada perkara yang boleh melonjakkan nafsu dan syahwat.

“Ini kerana minyak wangi adalah termasuk hal yang boleh membangkitkan syahwat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.