Henti monopoli Puspakom beri manfaat jutaan pemilik kenderaan

Henti monopoli Puspakom beri manfaat jutaan pemilik kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menyambut baik keputusan kerajaan memberi peluang kepada syarikat berkelayakan untuk menyediakan pusat perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor.

Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya yakin perlaksanaan tersebut bakal memberi manfaat kepada jutaan pemilik kenderaan.

Beliau berkata, keputusan untuk menghentikan monopoli Puspakom pastinya memberi manfaat kepada jutaan pengendali perkhidmatan dan pengangkutan awam darat negara.

“Sebelum ini, kami tidak mempunyai pilihan, malah kami sering teraniaya oleh segelintir penguji-penguji kenderaan Puspakom yang tidak bertanggungjawab.

“Selain terpaksa menunggu begitu lama untuk pemeriksaan kenderaan sekali pun telah membuat tempahan, kami juga terpaksa berhadapan dengan ketidaktulusan penguji Puspakom.

“Saya tidak nafikan ada pegawai kaunter yang tidak mesra pelanggan, penguji yang tidak jujur, dan perkhidmatan yang lembab,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Selain itu, katanya, suasana di Puspakom juga agak mengecewakan selain kemudahan yang tidak memuaskan biarpun perkhidmatan sudah dibayar.

Kamaruddin berkata, beliau bukan mahu memberi kecaman atau memburuk-burukkan Puspakom, tetapi itulah realitinya.

Menurutnya, pihaknya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan seluruh Jemaah Menteri yang membuat keputusan terbaik untuk rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya