PONTIAN: Hasrat seorang wanita menghias rumah dengan pelbagai jenis bunga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 78.6 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini kelmarin. Anak wanita itu, Norafidah Mahmud, 32, berkata, kejadian selepas Zohor itu berlaku ketika ibunya, Maimunah Shaban, 61, dalam perjalanan ke Bandar Pontian bersama adiknya, Khairul Anas Mahmud, 25, dan anak adiknya, Danee Eryana Norafandi, 4, untuk membeli tanah bagi menanam pelbagai jenis pokok bunga. Bagaimanapun, Norafidah yang bekerja sebagai Pegawai Kualiti di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya