Hasil padi merosot 1.4 juta kilogram - Utusan Malaysia

Hasil padi merosot 1.4 juta kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Hasil padi di kawasan Pihak Kawasan Pembangunan Per­tanian Bersepadu (IADA) Rom­pin dan Pekan merosot le­bih 1.4 juta kilogram tahun lalu di­anggarkan bernilai RM2.2 juta.

Jumlah itu membabitkan 918,897 kilogram di kawasan IA­DA Rompin, luas kawasan tanaman 2,793 hektar dan 507,360 kilogram (IADA Pekan) dengan keluasan 5,285 hektar.

Purata pengeluaran hasil padi di IADA Rompin tahun lalu adalah 4,804 kilogram satu hektar berbanding 5,133 kilogram tahun sebelumnya dan 3,386 kilogram satu hektar (IADA Pekan) berbanding 3,482 kilogram tahun sebelumnya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah IADA Rompin, Mohd. Faizul Miran berkata, walaupun kawasan di situ kecil sekitar satu ke dua peratus dari keluasan Jelapang Padi negara, namun kekurangan hasil tetap berlaku dan sukar dielakkan.

Jelasnya, perubahan cua­ca aki­bat hujan dan panas meng­aki­batkan populasi se­rangga ser­ta penyakit jadi tak terkawal.

“Banjir juga salah satu impak besar kerosakan kepada padi petani di Rompin walaupun di luar musim tengkujuh tahun-tahun sebelumnya. Kawalan racun kimia juga agak kurang dapat dilakukan disebabkan harganya ketika ini meningkat.

“Kekurangan sumber kewa­ngan di zaman kegawatan eko­nomi menjadikan petani tak dapat buat kawalan menyeluruh,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, ke­khuatiran petani tentang keber­kesanan racun terhadap serangga dan penyakit yang dikatakan semakin ‘kebal’ mengakibatkan keadaan itu semakin sukar dikawal.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan, hasil padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merosot kira-kira 150,000 tan metrik setahun yang dibimbangi jika berterusan akan menjejaskan bekalan beras negara.

Kemerosotan berpunca daripada lima masalah utama yang menghantui para pesawah di Kedah dan Perlis terutama kelewatan penghantaran benih padi dan penghantaran baja yang ti­dak ikut jadual penanaman.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, kawasan tanaman padi di Kelantan berkurang sebanyak 29 peratus ekoran ditukar status bagi tujuan pembangunan untuk penduduk.

Berdasarkan rekod Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), kawasan sawah di negeri itu kini berbaki. 10,927 hektar berbanding 37,760 hektar ketika agensi itu mula ditubuhkan pada 1972.

Jumlah kekurangan tersebut bersamaan kira-kira keluasan 2,000 buah Stadium Sultan Muhammad IV yang berdiri megah di tengah-tengah pusat bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya