Hanya satu syarikat dibenar import telur ke Malaysia

PARLIMEN: Hanya satu syarikat dibenar import telur ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Hanya satu syarikat dari India yang dibenarkan  bagi tujuan pengimportan telur ke nagara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syarikat tersebut diberi kelulusan mengimport telur selama enam bulan bermula Disember, bergantung kepada keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat.

“Syarikat tersebut diberikan kebenaran berdasarkan pengalaman membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan ketika penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar,” katanya dalam jawapan bertulis dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) meminta kementerian menjelaskan secara terperinci berhubung syarikat yang mendapat permit mengimport telur dari India dan tempoh permit.

Mohamad turut berkata, langkah mengimport telur itu hanyalah bersifat sementara bagi memenuhi permintaan dan bekalan dalam negara.

“Kawalan biosekuriti yang ketat dikenakan yang mana setiap konsainan perlu menjalani ujian Hold Test Release (HTR) di pintu masuk bagi memastikan telur yang diimport bebas daripada patogen Selsema Burung (HPAI), Newcastle Disease (ND) dan Salmonella,” katanya.

Setakat ini, menurut beliau, sejumlah 13.4 billion telur dikeluarkan pada 2018, 10.9 billion (2019); 12.9 billion (2020); 13.6 billion (2021), dan 13.3 billion pada 2022.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, katanya lagi, sebanyak 2.4 billion telur dikeluarkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya