‘Geng Rizal', 'Geng Bulu' dan 'Geng Wan Kelantan’ tumpas di Sungai Petani

‘Geng Rizal’, ‘Geng Bulu’ dan ‘Geng Wan Kelantan’ tumpas di Sungai Petani

ANUAR Abdul Rahman menunjukkan pistol angin yang digunakan oleh 'Geng Rizal' pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menahan lapan lelaki sekaligus menumpaskan tiga kumpulan penjenayah membabitkan kes pecah masuk pelbagai premis, curi motosikal dan rompakan berkumpulan menerusi Op Bersepadu Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman berkata, lapan suspek warga tempatan yang menganggotai tiga kumpulan berbeza iaitu ‘Geng Rizal’, ‘Geng Bulu’ dan ‘Geng Wan Kelantan’ itu berusia lingkungan 17 hingga 34 tahun.

Menurutnya, enam daripada mereka aktif melakukan aktiviti pecah premis kerajaan, kedai dan kediaman penduduk di sekitar daerah ini, sejak enam bulan lalu yang membabitkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok, di sini baru-baru ini.

“Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek, Mohamad Sharizal Sarif berusia 31 tahun dipercayai ketua kumpulan geng tersebut. Alamat terakhir lelaki itu adalah di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong, dekat sini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Anuar berkata, menerusi tangkapan itu juga, pihaknya berjaya menumpaskan ‘Geng Bulu’ yang aktif dalam kegiatan curi motosikal apabila dua daripada enam tangkapan ‘Geng Rizal’ tersebut turut menganggotai ‘Geng Bulu’.

“Kita juga telah merampas sepucuk pistol angin, satu unit peti besi, satu unit mesin pemotong rumput dan beberapa lagi barang rampasan lain untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Sementara itu, dua lagi suspek berusia 33 dan 45 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan di Bukit Selambau, baru-baru ini dikesan sebagai ‘Geng Wan Kelantan’ yang melakukan aktiviti rompak berkumpulan di sekitar daerah ini.

Jelasnya, kumpulan ini terdiri daripada ejen penarik kereta yang mensasarkan golongan yang gagal membayar ansuran bulanan pembelian kenderaan.

“Suspek akan menahan kenderaan mangsa di tepi jalan lalu melarikan kereta mangsa secara paksa tanpa menyerahkan sebarang dokumen penarikkan semula daripada pihak bank.

“Melalui tangkapan ini kita telah merampas sebuah kereta, sebuah motosikal yang dirompak dan kad permit agen pemilikan. Hasil siasatan mendapati kesemua lapan suspek memiliki pelbagai rekod kesalahan lampau termasuk penyalahgunaan dadah,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya