FMAJ: Selebriti, artistampilkan produk

FMAJ 2023: Selebriti, artis tampilkan produk

AIZAT ISHAK (tengah) dan Julia Amani serta pekerjanya menunjukkan pelbagai kek lapis yang dijual sempena Festival Makanan Antarabangsa Johor dan Muzik Nusantara 2023 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ingin mendapatkan pelbagai produk termasuk yang dihasilkan oleh golongan artis, kunjungilah Festival Makanan Antarabangsa Johor dan Muzik Nusantara 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Lebih 300 usahawan termasuk selebriti popular menjayakan festival yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam.

Selain dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisi, pengunjung turut dihiburkan oleh persembahan artis dan golongan pemuzik tradisional dari tiga negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Pelbagai pengisian dan program menarik disediakan kepada para pengunjung, antaranya seni kraf tangan, fiesta kopi, forum, bengkel dan bazar jualan.

Antara selebriti yang terlibat dalam festival yang dianjurkan Tourism Johor ialah Badrul Muyahat, Nana Mahazan, Yassin Senario, Datuk AC Mizal, Lan Solo, Man Kidal, Tom, Fuad Rahman, Ronnie, Fuad Rahman, Shahizy Sam dan Noraniza Idris.

Seorang usahawan, Noorul Mashita Mohamed Isa 43 berkata, festival itu memberi banyak peluang kepada para peniaga untuk memasarkan produk masing-masing.

“Di samping itu, festival ini juga dapat memberikan impak yang besar, terutamanya kepada para usahawan untuk memasarkan produk,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia.

Dia yang merupakan pemilik Khita Holding menjalankan perniagaan percetakan, sulaman, pembekal baju korporat dan cenderamata.

Seorang usahawan kek lapis dari Seremban, Aizat Ishak, 39, turut mengakui festival itu banyak membantunya untuk memasarkan dan memperkenalkan produk keluarannya.

Aizat menjalankan perniagaan kek lapis bersama isterinya, Julia Amani yang diberi nama Kek Lapis Bersaka ini selama lebih enam tahun banyak menerima tempahan daripada orang ramai terutamanya ketika musim perayaan.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN