Fitnah 'buat' hidung punca followers Zarina Zainuddin berkurang - Utusan Malaysia

Fitnah ‘buat’ hidung punca followers Zarina Zainuddin berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Zainuddin, 52, meluahkan rasa berang kepada netizen yang masih menuduh dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan hidung.

Kata Zarina, tuduhan tersebut tidak berasas dan wajar dihentikan segera agar tidak terus menjadi fitnah terhadap dirinya.

“Operasi itu sebenarnya melibatkan bedah hidung. Kalau tidak, doktor terpaksa toreh muka saya sana sini.

“Doktor kata memang resdung di bahagian tulang pipi, atas hidung. Kalau tak ada solekan, orang dapat tengok lebam di bahagian bawah mata saya.

“Bila buka (bedah) hidung, doktor sedut punca resdung. Justeru, saya kena terima hidung saya jadi begini. Saya minta doktor perbetulkan, supaya tak jadi buruk sangat. Saya tidak merubah hidung saya. Kalau ada yang tak faham, sampai matipun mereka tak akan faham,” luahnya ketika ditemuramah sebuah rancangan televisyen popular tempatan.

Terdahulu, penampilan wajah Zarina yang sedikit berbeza ekoran perubahan bentuk hidungnya diperkatakan ramai pihak di media sosial.

Kata Zarina lagi, dia sedar, gara-gara cerita tidak benar itu, ramai individu yang marah dan melayangkan persepsi negatif terhadapnya.

Tambahnya, lebih mengecewakan apabila jumlah pengikut Instagramnya (IG) berkurang dengan ketara selepas berita tersebut tular.

“Disebabkan perkara itu, pengikut IG saya berkurang, dari 2.3 juta kepada 2.2 juta.

“Saya rasa orang betul-betul marah kepada saya. Oleh itu, saya nak mohon maaf kepada yang marah dan tidak memahami.

“Saya terima keadaan saya begini. Penyakit Tuhan bagi, jadi kita kena terima. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri, bukan orang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya