Fail cerai kerana tanggungjawab, anak trauma - Diana Danielle

Fail cerai kerana tanggungjawab, anak trauma – Diana Danielle

DIANA Danielle ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tanggungjawab. Itu alasan diberikan pelakon utama Imaginur, Diana Danielle ketika ditanya mengenai alasan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil Zahari.

Pelakon terbabit bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Selain itu, Diana Danielle juga memaklumkan anak perempuan mereka, Aurora atau nama penuhnya Nur Aurora juga `trauma’.

Beliau berkata demikian ketika meminta untuk mengulas kenyataan Farid Kamil yang menyatakan sudah 23 hari tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya.

Farid Kamil tidak dibenarkan memasuki rumah kelamin yang disewa oleh Diana Danielle sejak 3 Mac lalu sebelum wanita terbabit memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac 2023.

Ahad lalu, Farid Kamil meluahkan kerinduannya kepada anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Aurora, 8, di laman sosial Instagram miliknya.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari memaklumkan, pada Jumaat lalu (24 Mac), anak guamnya itu telah memperoleh hak penjagaan sementara (interim) bagi kedua-dua anak mereka.

Sesalinan hak penjagaan itu juga telah diserahkan kepada Farid Kamil pada prosiding hari ini.

Hak penjagaan itu diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Yasoa’. Permohonan hak penjagaan penuh akan didengar pada 5 April ini.

Sungguhpun begitu, Akberdin menjelaskan tiada halangan buat Farid Kamil untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Hari ini, pasangan itu hadir ke mahkamah bagi membolehkan Farid Kamil memaklumkan mahkamah individu yang akan mewikili dirinya dalm Jawatankuasa Pendamai (JKP). Pelakon itu melantik kakaknya sebagi wakil.

Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.