Elizabeth Tan pertimbang rawatan IVF

Elizabeth Tan pertimbang rawatan IVF

ELIZABETH TAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon berbakat besar, Elizabeth Tan tidak menolak untuk menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai salah satu cara bagi mendapatkan zuriat.

Katanya, kaedah tersebut menjadi langkah akhir yang akan dipertimbangkan sekiranya dia dan suami gagal mendapatkan zuriat secara semula jadi.

“Pada pandangan saya, tidak ada salahnya memilih rawatan IVF lebih-lebih lagi buat pasangan suami isteri yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan anak.

“Kita yang hidup zaman ini sebenarnya sangat bertuah kerana adanya teknologi mo­den yang dapat membantu pasangan suami isteri memiliki zuriat.

“Saya juga akan mempertimbangkan kaedah yang sa­ma sekiranya saya berdepan kesukaran untuk hamil secara semula jadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada Mac 2021. Bagaimanapun pasa­ngan tersebut masih be­lum dikurniakan cahaya mata sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Elizabeth yang mesra disapa Lizy turut memaklumkan akan memulakan perancangan mendapatkan zuriat sebaik sahaja tamat penggambaran drama terbaru lakonannya terbitan Skop Productions.

“Selepas tamat penggambaran drama itu nanti, saya akan mula tumpukan untuk dapatkan cahaya mata. Tetapi, kita hanya boleh merancang, dapat atau tidak adalah di bawah ketentuan tuhan.

“Saya akui adakalanya rasa keberatan untuk mengandung sekarang kerana khuatir menjejaskan perjalanan kerjaya sebagai anak seni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×