Dua lelaki ditahan ‘sorok’ dadah di kereta - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan ‘sorok’ dadah di kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memberkas dua lelaki bersama beberapa peket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu, heroin dan ganja ketika ditahan di depan sebuah hotel di Banda Hilir di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kejadian, kereta jenis Honda dinaiki suspek berusia 33 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Jelasnya, suspek yang enggan keluar dari kenderaan berjaya digari, namun pintu keretanya gagal dibuka kerana tersepit kereta polis.

Jelasnya, polis ke­mu­dian mematikan enjin kereta suspek tetapi tidak sempat mencabut kunci, berikutan berlakunya per­gelutan yang mana sus­pek bertindak agresif me­langgar kereta polis.

“Suspek turut melanggar sebuah kereta orang awam di hadapan Hospital Pakar Putra Melaka. Mereka terus menghala ke Jalan Bukit Cina dan melanggar beberapa lagi kereta orang awam di hadapan Hotel Ibis, sebelum ditahan.

“Kita menemukan dadah jenis syabu, heroin dan ganja. Kesan pergelutan, seorang anggota mengalami terseliuh kaki kanan dan lutut kanan akibat dilanggar kendera­an suspek.

“Dua lagi anggota me­ngalami luka di jari ta­ngan kanan. Turut meng­alami kerosakan sebuah kereta polis,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, suspek mengakui dadah yang dirampas adalah milik mereka dan mendakwa mengambil bekalan itu pada Jumaat lalu daripada seorang pengedar di Batu Berendam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya