Dewan Rakyat lulus peruntukan belanjawan 11 kementerian

Dewan Rakyat lulus peruntukan belanjawan 11 kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) di peringkat jawatankuasa bagi 11 kementerian pada minggu keenam persidangannya. 

Kementerian itu ialah Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan.

Selain itu peruntukan bagi Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut diluluskan. 

Dewan Rakyat juga meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 baharu yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jawatankuasa pilihan khas itu berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran kementerian.

Ia melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; Kesihatan; Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat; Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; Keselamatan; Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memaklumkan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12 hingga 27 Jun.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis telah bersetuju dengan pindaan itu selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Johari berkata, ia susulan permintaan beliau kepada perdana menteri berikutan ramai Ahli Parlimen akan menunaikan haji ke Makkah pada tahun ini yang memerlukan persiapan sewajarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya