Demonstrasi selesai isu bekalan air di Sepanggar tidak jadi

Demonstrasi selesai isu bekalan air di Sepanggar gagal

KEADAAN sunyi tanpa kehadiran kumpulan demonstrasi di Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hasrat sekumpulan penduduk Sepanggar mengadakan demonstrasi aman bagi mendesak kerajaan menyelesaikan isu bekalan air di kawasan itu tidak berjalan seperti dirancang.

Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mendapati, tiada seorang pun wakil penduduk kawasan Sepanggar yang muncul untuk mengadakan demonstrasi aman berkenaan.

Pengamal media yang berada di pekarangan Ibu Pejabat JANS menunggu selama lebih sejam bagi menanti kehadiran kumpulan yang dipercayai ingin mengadakan demonstrasi tersebut.

Poster mengenai demonstrasi di Ibu Pejabat JANS mula tular sejak semalam dan poster tersebut mengarahkan semua yang hadir untuk membawa baldi, gayung dan bahan mandian sebagai tanda protes ketiadaan air di kawasan Sepanggar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud dalam satu kenyataan menasihatkan penduduk di kawasan terbabit untuk berbincang dengan pihak JANS menerusi sesi dialog bagi menangani masalah bekalan air.

Beliau menasihatkan kumpulan yang ingin mengadakan demonstrasi di Ibu Pejabat JANS itu supaya mengutarakan masalah mereka mengikut saluran yang betul.

“Dalam usaha menstabilkan bekalan air di Sepanggar dan kawasan-kawasan lain di Sabah, kaedah berdialog lebih konstruktif daripada berdemonstrasi.

“Isu sebenar krisis air di Sepanggar berpunca daripada ketidakcukupan sumber air dari loji rawatan air (LRA) Telibong dan LRA Moyog. Kedua-dua loji berkenaan sedang beroperasi melebihi had yang sepatutnya.

“Maka, pembinaan loji rawatan air tambahan sedang dilakukan di LRA Telibong 2. Namun, pelaksanaan projek itu terlewat daripada jadual asal,” katanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu menasihatkan kumpulan yang ingin mengadakan demonstrasi agar berunding dengan JANS bagi menyelesaikan isu berkenaan dengan cara yang lebih baik.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya