Dakwaan kerugian UiTM Holdings: SPRM tubuh pasukan forensik

Dakwaan kerugian UiTM Holdings: SPRM tubuh pasukan forensik

AZAM Baki (tengah) bersalaman dengan Timbalan Naib Canselor UiTM, Professor Dr Mohamad Hariri Abdullah (kiri) selepas menandatangani memorandum Persefahaman Antara SPRM, UiTM dan MIA di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menubuhkan pasukan forensik bagi meneliti dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) sebanyak RM157 juta.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata kes berkenaan juga masih dalam siasatan dan setakat ini pihaknya belum berhasrat memberikan maklumat lebih lanjut.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan satu unit pasukan forensik ditubuhkan bagi meneliti kes berkenaan.

“Bagaimanapun, saya ingin ingatkan bahawa kerugian itu tidak semestinya berakhir dengan kes jenayah, justeru, kita kena adil.

“Bila kita siasat, kita kena tengok dari semua aspek dan kita akan umumkan hasil siasatannya kelak supaya tiada pihak menuduh antara satu pihak yang lain,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa dakwaan penyelewengan, yang mengakibatkan kerugian organisasi itu berdasarkan elemen rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Sebelum ini laporan ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’ yang dilaporkan Utusan Malaysia mendakwa, jumlah itu adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya