Bukan gimik bersara, sekadar satu penghargaan untuk peminat- Ella - Utusan Malaysia

Bukan gimik bersara, sekadar satu penghargaan untuk peminat- Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu Rock negara, Ella menjelaskan tindakan memadamkan semua hantaran di media sosialnya baru-baru ini bukan satu gimik kejutan konsertnya yang bakal berlangsung Jun depan.

Sebaliknya, jelas Ella, keputusan untuk memuat naik hanya satu gambar tertera “Terima kasih untuk 35 tahun” itu hanya sebagai satu penghargaan kepada peminat yang menyokong karier seninya.

“Kenapa saya padam semua gambar? Kerana saya mahu satu ucapan istimewa kepada peminat yang telah bersama saya selama 35 tahun usia seni.

“Saya mahu mereka tahu, saya betul-betul berterima kasih kepada setiap pengikut. Sebab itu saya padam semua gambar supaya mereka tak perlu scroll,” katanya.

Legenda rock berkata demikian ketika sidang media Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di sini.

Dalam pada itu, Ella berkata, ramai peminat yang menyangka tindakannya itu sebagai satu titipan akhir sebelum dia kononnya bakal mengundurkan diri dari dunia seni.

“Ramai yang menangis dan bertanya benarkah saya mahu bersara. Ramai yang salah sangka hantaran penghargaan itu sebenarnya.

“Saya tak terfikir untuk bersara. Konsert ini juga bukan yang terakhir. Saya akan terus keep on rockin’,” ujarnya.

Bercakap soal konsert, penyanyi lagu Retak itu berkata, dia bakal mempersembahkan 35 lagu
dengan diiringi pengarah muzik, Datuk Acis.

“Konsert tersebut akan berlangsung di Axiata Arena, 10 Jun depan. Konsert anjuran Hotman Solutions ini adalah satu dedikasi kepada semua pendengar setia lagu-lagu saya.

“Walaupun judulnya Jilid Terakhir, tetapi saya percaya ini adalah permulaan baharu bagi pengembaraan saya yang seterusnya,”
kongsinya.

Tiket Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota akan mula dijual bermula 13 Mac depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya