MARAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan melaksanakan kajian terperinci untuk mendalamkan Sungai Pahang yang semakin cetek saban tahun. Titah Seri Paduka, Sungai Pahang dilihat semakin cetek dan mudah melimpah ke tebing sekali gus menyebabkan banjir. Tambah baginda, program jangka pendek dan panjang perlu bagi mencari punca dan mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di negeri ini. “Berhubung kos perlu difikirkan kemudian tetapi program mengatasi…










