Bicara saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M 6 November

Bicara saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M 6 November

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 November ini bagi mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dakwaan menggunakan kedudukan bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes jenayahnya.

Perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff selama empat hari sehingga 9 November ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada wakil media oleh peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr. Mahathir selepas sesi pengurusan kes hari ini yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris.

Mahkamah turut menetapkan tarikh pengurusan kes selanjutnya sebelum perbicaraan iaitu pada 14 April ini.

Prosiding hari ini yang dijalankan secara Zoom, turut dihadiri peguam Intan Hanis Afiqah Razali yang mewakili Ahmad Zahid selaku plaintif.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Ahmad Zahid, 69, memfailkan saman fitnah terhadap Dr. Mahathir, 98, pada 20 April 2022 atas dakwaan beliau difitnah pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang (Pejuang) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Februari 2022.

Kata Ahmad Zahid, Dr. Mahathir memfitnah bahawa beliau pernah hadir di rumahnya bersama beberapa individu lain bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan.

Kata Ahmad Zahid, ia juga bermaksud beliau menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr. Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan siasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.

Katanya, kenyataan bekas Perdana Menteri itu adalah fitnah dan berniat jahat.

Dr. Mahathir pada 17 Mei 2022 menafikan memfitnah Ahmad Zahid dalam penyataan pembelaan terhadap saman itu dan mendakwa Presiden Umno itu menemuinya sebanyak lima kali antara tahun 2018 hingga 2020.

Dalam pernyataan pembelaan itu, bekas Perdana Menteri berkata, Ahmad Zahid bertemunya pada 7 Jun 2018, 13 September 2018, dan pada 23 Februari hingga 25 Februari 2020 dan menyuarakan kebimbangan berhubung kes mahkamah yang dihadapinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.