Belanja berhemah, jangan boros sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Belanja berhemah, jangan boros sempena Ramadan

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Dalam keadaan ekonomi tidak menentu perbelanjaan perlulah berhemah dan tidak boros khususnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, dalam masa sama, pendekatan menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan juga bertepatan dalam membantu mahasiswa meringankan beban dalam bulan puasa ini.

Katanya, berjimat cermat adalah amalan mulia di dalam bulan Ramadan disamping umat Islam dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam bulan penuh keberkatan ini.

“Dalam ekonomi yang tidak menentu, pada bulan Ramadan yang mulia ini, eloklah kita berbelanja dengan berhemah dan jangan terlalu boros dan mengikut hawa nafsu apabila berbelanja.

“Di mana seruan kerajaan untuk semua masyarakat Madani untuk terus menikmati kehidupan yang sihat melalui penjimatan di dalam perancangan ekonomi keluarga,” katanya di sini hari ini.

Kira-kira 20 juta umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa Ramadan esok.

Anak bulan dijangka kelihatan pada petang hari cerapan hilal di seluruh negara hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pakar falak terkenal tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed yang juga antara ahli jawatankuasa falak Wilayah Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.