Bekas kontraktor dituduh kemuka dokumen palsu, perdaya PIBG sekolah - Utusan Malaysia

Bekas kontraktor dituduh kemuka dokumen palsu, perdaya PIBG sekolah

Kontraktor
M. Sivanesan (kiri) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang bekas kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu serta memperdaya persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Hulu Selangor, Selangor, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, M. Sivanesan, 35, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya dengan mendorong badan berkenaan supaya menyerahkan wang sebanyak RM285,000 dengan mempercayainya dapat menyiapkan satu blok bangunan yang mengandungi tiga buah bilik darjah sekolah tersebut.

Dia didakwa membuat kesalahan itu dekat sebuah bank di Sungai Buloh pada 24 Ogos hingga 26 Oktober 2016 dan dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingag 10 tahun, sebatan dan denda.

Dalam pertuduhan kedua pula, Sivanesan dituduh mengguna dan mengemukakan satu dokumen palsu, iaitu Surat Setuju Terima Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung cadangan pembinaan blok tambahan baru tiga buah bilik darjah kepada PIBG sekolah sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sekolah tersebut pada 26 Oktober 2016 dan dituduh di bawah Seksyen 465 KK (Akta 574) dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Aliff Shaharuzaman kemudian menawarkan ikat jamin sebanyak RM100,000 kepada Sivanesan berserta syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, R. Vikraman memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 kerana dia menyara isteri, seorang adik perempuan dan ibu bapanya.

Menurutnya, Sivanesan kini bekerja sebagai seorang pembantu sebuah kuil di Johor sekarang ini dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

Rozilah kemudian memutuskan tertuduh boleh diikat jamin sebanyak RM12,000 selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa serta melapor diri di pejabat SPRM berdekatan dan dalam masa sama hakim turut menetapkan sebutan semula kes 12 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya