Beberapa Ahli Parlimen PN hadir bagi sokongan Muhyiddin

Beberapa Ahli Parlimen PN hadir bagi sokongan Muhyiddin

BEBERAPA lagi ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi PN dilihat hadir berkumpul di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa lagi ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dilihat hadir berkumpul di hadapan Ibu Pejabat SPRM di sini bagi memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka termasuk Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Setakat ini, lebih 100 penyokong PN berkumpul di perkarangan bangunan SPRM bagi menyatakan sokongan kepada Pengerusi PN itu dengan kebanyakannya memakai baju warna putih tertera wajah Muhyiddin.

Keadaan agak terkawal dan anggota polis serta anggota Rela dilihat mengawal lalu lintas dan pergerakan penyokong.

Turut kedengaran laungan solidariti ‘Hidup Rakyat dan Tolak PH serta Bangkit BN yang dilaungkan oleh penyokong PN yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.