Banjir di Kampung Delek Kanan surut - Utusan Malaysia

Banjir di Kampung Delek Kanan surut

Delek
ANGGOTA bomba membuat pemantauan keadaan banjir kilat berlaku dekat Kampung Delek Kanan, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Banjir kilat yang berlaku di Kampung Delek Kanan, di sini, petang tadi sudah surut sepenuhnya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, laporan tersebut hasil pemantauan yang dibuat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja di kawasan sekitar dan kunci air Kampung Delek Kanan.

“Didapati, terdapat beberapa rumah penduduk yang dinaiki air pada paras sekaki (0.3 meter). Namun, air Sungai Klang berhampiran kampung itu tidak melimpah ke kawasan darat dan tebing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Hafisham, tidak ada penduduk Kampung Delek Kanan yang dipindahkan memandangkan banjir tidak berlaku dalam tempoh lama.

Utusan Malaysia hari ini, melaporkan air naik pada paras buku lali di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Baru, petang tadi, namun air hanya memasuki sebahagian kecil bangunan masjid itu dan tidak memasuki kawasan dewan solat utama.

Bagaimanapun, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memberi amaran kepada semua penduduk di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Sarawak supaya berjaga-jaga sehingga sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Di Selangor, tujuh daripada lapan daerah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan wujud kemungkinan berlaku banjir ekoran ribut petir dan hujan lebat yang signifikan berdasarkan ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance (SAOFFGS).

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh bermula 12 tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya