Bangga jadi penghubung dua negeri

Bangga jadi penghubung dua negeri

PENDUDUK menaiki bot penambang bagi menyeberang Sungai Sepang dari Bukit Pelandok di Port Dickson ke Sungai Pelek, Sepang, Selangor. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Perkhidmatan bot penambang yang menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang masih menjadi pilihan penduduk di kedua-dua daerah itu yang disifatkan menjimatkan masa perjalanan berbanding menggunakan jalan raya.

Walaupun sudah puluhan tahun, perkhidmatan bot penambang di sini tetap menjadi pilihan buat penduduk terutama pejalan kali dan bermotosikal untuk berulang alik dari Bukit Pelandok dan Sungai Pelek.

Bagi pengusaha bot penambang itu, Tan Kah Chai, 64, dia berbangga dapat memberi memberi kemudahan dan melancarkan urusan orang ramai sejak lebih 30 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah membawa bot ini dan mewarisinya dari keluarga, bermula dengan harga sehala hanya 20 sen sehingga sekarang ia sudah mencecah 70 sen sehala bagi pejalan kaki.

“Saya anggap ini tugas penting juga dengan menjadi penghubung kepada orang ramai yang mahu ke tempat kerja, pasar raya bagi membeli barang keperluan ha­rian.

“Dalam sehari, saya berulang alik lebih 200 kali membawa bot ini dengan jarak di antara kedua jeti ini kira-kira 300 meter,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Bawah (Penambang), Bukit Pelandok di sini baru-baru ini.

Menurut Kah Chai, perkhidmatan bot penambang itu bermula seawal pukul 7 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari.

“Bot penambang ini boleh menampung sebanyak tujuh buah motosikal dalam satu-satu masa. Caj yang dikenakan pula adalah di antara 50 sen sehingga RM2,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Pelandok, Lence Chin, 52, berkata, penduduk di sini sudah biasa menggunakan bot penambang ini dan menganggapnya penghubung bagi dua buah negeri.

Seorang penumpang bot, Ah Chong, 60 berkata, sudah lebih 40 tahun dia berulang alik menggunakan bot penambang tersebut untuk membeli barangan keperluan hariannya.

“Saya suka membeli sayur dan ikan di Sungai Pelek malah untuk urusan bank juga dilakukan di sana,’’ ujarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini