Baca doa laju anak pukul bapa guna kerusi selepas ditegur

Baca doa laju anak pukul bapa guna kerusi selepas ditegur

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki tergamak memukul bapanya dengan kerusi meja makan hanya kerana ditegur membaca doa berbuka puasa dengan laju dalam kejadian di kediaman mereka di Bandar Puncak Utama, Kajang dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, mangsa berusia 63 tahun cedera di dahi dan tapak tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, punca kejadian disebabkan suspek berusia 34 tahun membaca doa dengan laju untuk berbuka puasa sebelum ditegur oleh mangsa.

“Suspek yang tidak berpuas hati mengayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga kaki kerusi itu patah.

“Seorang daripada anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis sebelum suspek ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaid berkata, polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017 dimana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan dibenarkan reman selama tiga hari hingga 27 Mac ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya