Azwan Ali diugut dengan pisau - Utusan Malaysia

Azwan Ali diugut dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara kontroversi, Azwan Ali mendedahkan dirinya pernah menerima ugutan apabila diacukan dengan sebilah pisau oleh seorang individu.

Azwan yang lebih mesra disapa dengan Diva AA berkata, insiden tersebut berlaku ketika zaman kemuncaknya bergelar pengacara.

“Saya tak ingat tahun bila, tapi kejadian itu sudah lama berlaku. Masa itu lepas habis buat persembahan atas pentas, tiba-tiba ada individu acukan pisau.

“Saya gertak balik kau dah kenapa? Nak buat apa dengan pisau itu? Mujur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya insiden itu menyebabkan dia trauma atau takut keluar bersendirian, Azwan berkata, dia sentiasa berserah pada Allah SWT.

“Saya yakin Allah SWT dan malaikat sentiasa melindungi kita. Jadi, bila kita sudah meletakkan kebergantungan tinggi, tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Azwan yang sinonim dengan ayat see my level mengulas insiden serangan yang berlaku terhadap pelakon, Kamal Adli di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu.

Dalam insiden itu, Kamal diserang dengan cota besi bertubi-tubi sehingga berlaku pendarahan di bahagian belakang kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.