Anwar terima ijazah kehormat Universiti Filipina

Anwar terima ijazah kehormat Universiti Filipina

 ANWAR Ibrahim hadir dalam lawatan rasmi bersama Bongbong Marcos di Filipina semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Filipina, universiti nombor satu di negara tersebut.

Anwar disifatkan sebagai seorang sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.

Naib Canselor Hal Ehwal Awam Universiti Filipina, Jose Wendell Capili berkata, Anwar dihormati kerana memiliki prinsip menentang rasuah dan pengurusan terhadap ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan Asia.

“Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal (pejuang kemerdekaan Filipina).

“Minat Anwar terhadap Rizal semakin mendalam setelah kerap mengunjungi universiti ini semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains, Diliman Cesar Adib Majul,” menurut satu kenyataan.

Capili juga menyifatkan sumbangan Anwar terhadap ekonomi Malaysia ketika krisis kewangan pada 1997 amat dihormati apabila dinamakan Asian of the Year oleh Newsweek International.

Ini setelah beliau bertemu Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. pada hari pertama lawatan rasmi di Istana Malacanang.

Ini merupakan lawatan rasmi kelima Anwar ke negara Asia Tenggara selepas Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand sejak dilantik sebagai Perdana Menteri tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya