Anwar galak Arab Saudi melabur dalam bidang utama di Malaysia  - Utusan Malaysia

Anwar galak Arab Saudi melabur dalam bidang utama di Malaysia 

ANWAR Ibrahim ketika pertemuan bersama ketua industri perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan serta pelbagai sektor strategik Arab Saudi.

PETALING JAYA: Arab Saudi digalakkan untuk melabur dalam bidang yang menjadi keutamaan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bidang berkenaan iaitu teknologi digital, sekuriti makanan dan infrastruktur.

Galakan itu selepas beliau bertemu bersama ketua-ketua industri perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan dan strategik di negara berkenaan.

“Sekali lagi saya menyeru mereka untuk melabur di negara kita serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat di Malaysia dan kerajaan komited untuk memudahkan setiap urusan ini.

“Semoga usaha ini dapat perkukuhkan lagi kerjasama Malaysia dan Arab Saudi,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook hari ini. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN