Anak kedua kepada pengasas Dnars fail tuntutan hadanah - Utusan Malaysia

Anak kedua kepada pengasas Dnars fail tuntutan hadanah

IRDIENA Hakim Jasman (dua dari kanan) berbincang dengan peguam yang mewakilinya berhubung kes tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya Khadija Ahmad Shahrizal, di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Anak kedua kepada pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare memfailkan tuntutan hak penjagaan (hadanah) adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak dibenarkan bertemu dengan kanak-kanak itu sejak empat tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat oleh tiga plaintif iaitu Irdiena Hakim Jasman, 20, bersama neneknya, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradila Rohban Ahmadn, 36.

Mereka membuat tuntutan hadanah untuk hak lawatan, bermesra dan bermalam terhadap Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal, 10, yang merupakan adik tiri kepada Irdiena Hakim.

Plaintif diwakili dua peguam syarie, Naemah Saupi dan Shaharuddin Mohamed.

Irdiena Hakim ketika ditemui berkata, dia membuat permohonan itu selepas bapa tirinya selaku defendan, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, tidak membenarkannya berjumpa adik bongsunya itu.

Menurutnya, dia tidak bertemu dengan Qaseh Khadija sejak empat tahun lalu selepas kematian ibunya, Faziani Rohban Ahmad yang merupakan pengasas Dnars Skincare.

“Dengan permohonan hadanah ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh Qaseh Khadija melalui pihak mahkamah. Jika dia mahu tinggal bersama kami, saya sangat ber­syukur,” katanya.

Faziani dan Ahmad Shah terlibat kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka terbabit nahas jalan raya semasa menuju ke beberapa pondok agama di Pattani, Thailand kira-kira empat tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya