Alexander dirawat di HKL

Alexander dirawat di HKL

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas selesai menjalani pembedahan lutut atau total knee replacement operation akibat kecederaan lutut yang dialaminya. 

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Kapit itu dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Justeru, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang membantu dalam rawatannya sejak dimasukkan ke HKL minggu lalu. 

“Dari hari pertama saya dimasukkan ke HKL, saya telah menerima layanan dan rawatan yang profesional daripada semua doktor, jururawat dan kakitangan HKL yang tidak pernah lelah memberikan khidmat mereka.

“Saya amat mengagumi dan menghargai dedikasi dan kerja keras yang diberikan oleh setiap kakitangan HKL demi memastikan setiap pesakit di sini menerima rawatan yang terbaik.

“Syabas saya ucapkan. Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Sesungguhnya jasa baik semua tidak dapat saya balas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya