Ahmad Zahid tidak punya asas kukuh persoal keyakinan PN - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid tidak punya asas kukuh persoal keyakinan PN

DOMINIC LAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai asas kukuh dalam mempersoalkan keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, ini kerana Ahmad Zahid sendiri perlu sedar PN sekarang mempunyai beberapa kerusi Parlimen di Pulau Pinang, manakala Barisan Nasional (BN) tidak menang satu kerusi pun di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

”Dengan asas apa Presiden Barisan Nasional (Zahid) menyoal keyakinan PN untuk menang dalam PRN Pulau Pinang?

”Hakikatnya, sekarang PN mempunyai beberapa kerusi Parlimen di Pulau Pinang, padahal BN tidak menang satu kerusi pun dari Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN yang menyifatkan ramalan PN mampu memenangi 14 kerusi DUN majoriti Melayu pada PRN negeri itu seperti mimpi di siang hari.

Sebelum ini, sebuah portal meramalkan PN mungkin menang 14 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, gabungan itu mungkin tidak dapat merampas kerajaan negeri daripada PH kerana tidak mendapat sokongan bukan Melayu yang membentuk majoriti 62 peratus hingga 98 peratus pengundi di 25 daripada 40 kerusi di Pulau Pinang.

Dominic yang juga Presiden Parti Gerakan berkata, pemimpin PN Pulau Pinang tidak berdepan dengan kes pecah amanah di mahkamah, justeru boleh tidur lena dan bermimpi yang terbaik untuk PN.

”Ahmad Zahid juga kena faham bahawa rakan baharunya, Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) sendiri pernah menuduh BN ketepikan kepentingan Pulau Pinang semasa pemerintahan BN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya