BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan prestasi menteri dan timbalan menteri parti itu selepas 100 hari pentadbiran kerajaan perpaduan pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, untuk 100 hari pentadbiran kerajaan perpaduan, bukan sahaja kementerian-kementerian malah menteri dan timbalannya perlu membentangkan prestasi masing-masing. “Bagi menteri-menteri dan timbalan menteri, saya secara rasmi memantau mereka. “Pemantauan bukan sahaja membabitkan jawapan di…










