61 individu dikompaun merokok di tempat awam - Utusan Malaysia

61 individu dikompaun merokok di tempat awam

ANGGOTA Penguat Kuasa Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan kompaun kepada individu yang ditahan kerana merokok di tempat awam di Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seramai 61 individu dikenakan tindakan kompaun oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu selepas didapati merokok di tempat awam pada Operasi Khas Pematuhan Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Zon Selatan di Dungun dan daerah ini, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, mereka yang ditahan dalam operasi itu dikenakan kompaun sebanyak RM250 setiap seorang.

Menurutnya, kesalahan yang paling tinggi direkodkan adalah merokok di kedai makan dengan 52 kompaun, diikuti hentian rehat dan rawat (tujuh kompaun) dan hentian pengangkutan awam (dua kompaun).

“Operasi ini bertujuan mempertingkatkan penguatkuasaan berikutan peningkatan aduan awam yang diterima berkaitan merokok di kedai makan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, pada operasi itu, sebanyak 132 premis kawasan larangan merokok diperiksa khususnya kedai makan, hentian rehat dan rawat, hentian pengangkutan awam, premis kerajaan dan kedai menjual hasil tembakau.

Selain itu, katanya, kompaun tersebut boleh dibayar di mana-mana Pejabat Kesihatan di seluruh negara dalam tempoh dua bulan.

Tambahnya, sekiranya sabit kesalahan, pesalah boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak melebihi RM 10,000 atau maksimum penjara dua tahun.

Dalam pada itu, Dr. Kasemani berkata, beliau juga turut mengingatkan agar semua individu dapat mematuhi kawasan larangan merokok di 23 lokasi yang diwartakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya