5 selebriti Korea jadi duta jenama mewah - Utusan Malaysia

5 selebriti Korea jadi duta jenama mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA bintang drama Korea Selatan dan idola K-pop terus mendominasi dunia hiburan global, jenama mewah turut mencuri tumpuan dengan menyambar selebriti sensasi menjadi duta jenama mereka. Jenama jam tangan mewah seperti Omega, Cartier dan Tag Heuer melamar selebriti Korea Selatan terkenal sebagai strategi pemasaran ampuh mereka.  

LISA BLAKCPINK BULGARI 

Penyanyi dan penari lincah dari kumpulan K-pop sensasi Blackpink, Lisa, 25, dipilih sebagai duta jam tangan mewah, Bulgari sejak 2020. 

Baru-baru ini, jenama itu memperkenalkan reka bentuk jam tangan edisi terhad, Bulgari Bulgari x Lisa. 

Jam tangan khas yang dilancarkan Januari lalu, merupakan satu bentuk kerjasama antara bintang K-pop dan jenama yang berasal dari Itali. 

Ia dihasilkan daripada keluli tahan karat, emas 18 karat dan dilengkapi sarung berukuran 23 milimiter yang boleh berubah warna di bawah sinaran matahari serta dihiasi potongan kemas 12 indeks berlian. 

Pada bahagian belakang jam tangan itu, Lisa secara peribadi memilih warna bunga kegemarannya, Edelweiss dan huruf ‘L’ di bahagian tengah. 

Jualan jam tangan itu hanya terhad kepada 300 utas dengan harga sekitar AS$6,800 (RM27,200). 

KIM WOO-BIN  JAEGER-LECOULTRE

Aktor drama bersiri The Heirs ini dilantik sebagai duta jenama jam tangan mewah dari Switzerland, Jaeger-LeCoultre pada 2021. 

Woo-bin, 33, berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan jenama yang sudah bertapak selama 188 tahun serta mempunyai kepakaran dalam penghasilan jam tangan bermutu tinggi. 

WI HA-JOON TAG HEUER

Nama pelakon ini menjadi terkenal sekelip mata selepas memegang watak pegawai polis, Hwang Jun-ho menerusi drama sensasi di Netflix, Squid Game. 

Setahun selepas drama itu ditayangkan, Ha-Joon dilantik sebagai duta Tag Heuer sebaris nama besar lain seperti Ryan Gosling dan pemain tenis, Naomi Osaka. 

Wajah kacak dan pakej lengkap dimiliki pelakon itu sepadan komitmen elegan terhadap jenama itu. 

HYUN BIN OMEGA 

Selepas membintangi drama Korea, Crash Landing on You, Hyun Bin dipilih sebagai duta global Korea Selatan pertama bagi jenama Omega sejak 2020. 

Pemilihan Bin sebaris dengan artis Hollywood lain seperti George Clooney, Nicole Kidman dan Daniel Craig. 

Pelakon berusia 40 tahun itu juga dikatakan merupakan pilihan tepat bagi jenama jam tangan mewah itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Omega, Raynald Aeschlimann yakin dengan kemahiran luar biasa yang membolehkan pelakon itu kelihatan berani bagi menggambarkan watak yang diinginkan. 

“Kami yakin dia boleh bekerja dengan jam tangan Omega yang sinonim dengan kesempurnaan dan kecemerlangan,” katanya.

JISOO BLAKCPINKCARTIER

Anggota Blackpink, Jisoo, 28, turut dilamar menjadi duta koleksi barangan kemas dan pengeluar jam tangan mewah, Cartier. 

Jisoo yang juga duta jenama Dior terpilih mewakili Cartier memperagakan koleksi barangan kemas ikonik Panthere. 

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Cartier, Arnaud Carrez berkata, Jisoo adalah suara generasi baharu yang berani dan kreatif menunjukkan bakat yang berbeza. 

“Dengan gaya keyakinannya, dia adalah seorang artis yang mempunyai gaya kebebasan yang begitu kreatif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya