35,147 murid di Putrajaya mula bersekolah hari ini

35,147 murid di Putrajaya mula bersekolah hari ini

GELAGAT murid-murid dan ibu bapa yang menghantar anak-anak pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 ketika tinjauan di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1). - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 35,147 orang murid sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya memulakan sesi akademik 2023/2024 pada hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohamad Nasir Mustapha berkata, jumlah tersebut direkodkan sehingga pukul 8.30 pagi hari ini iaitu seramai 22,028 orang merupakan murid di 16 buah sekolah rendah dan 13,119 adalah pelajar di 11 sekolah menengah.

“Kemasukan murid Darjah 1 bagi tahun 2023 adalah seramai 3,148 orang dan kemasukan pelajar Tingkatan 1 berjumlah 2,585 orang.

“Manakala jumlah guru bagi sekolah rendah seramai 1,486 orang dan 767 guru sekolah menengah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16(1) mendapati rata-rata pelajar bersemangat dan ceria untuk memulakan sesi persekolahan penggal baharu 2023.

Perhimpunan pertama bagi sesi baharu itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan ikrar pelajar serta disusuli ucapan ringkas Pengetua SMK Putrajaya Presint 16(1), Kamaluddin Mohd Kassim.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pelajar yang direkodkan adalah seramai 1,406 dengan 402 daripadanya merupakan pelajar baharu Tingkatan 1.

SEBAHAGIAN pelajar sekolah hadir pada hari pertama persekolahan idi Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“Kita dapat rasakan semangat yang berbeza dari tahun yang lalu dan semua pelajar ceria serta bersiap sedia untuk menghadapi sesi persekolahan.

“Kita juga sedang merancang untuk mengadakan program-program keseronokan pembelajaran seperti diarahkan Kementerian Pendidikan sepanjang minggu ini mengikut bidang seperti kemanusiaan dan kokurikulum.

“Tahun ini untuk Tingkatan 1 adalah kelainan sedikit, tidak ada taklimat atau ceramah tetapi program orientasi itu antaranya akan membabitkan permainan menarik, kuiz, pembahagian sukan, aktiviti riadah serta mengenali kawasan dan kemudahan sekolah,” ujarnya.

Pada 15 Mac lalu, media melaporkan, tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya