KLANG: Meskipun sudah lebih setahun banjir besar melanda Selangor, masih terdapat mangsa bencana itu yang belum menerima bantuan sebanyak RM2,500 serta bantuan lain dijanjikan Kerajaan Persekutuan. Terbaharu, 30 keluarga mangsa banjir itu yang tinggal di sekitar Meru mendakwa tidak mendapat bantuan itu, termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000. Seorang mangsa, K. Vani, 48, berkata, permohonannya diterima Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang pada Januari tahun lalu dan memperoleh bantuan wang RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. “Tetapi saya tak dapat bantuan BWI dalam tempoh beberapa bulan. Kemudian saya berjumpa pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya